Wednesday, December 2, 2009

PENGORBANAN SUCI

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tanamannya. Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran. Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh.

Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti dibereskan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri.

Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai. Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu
dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara.

Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang
mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.

Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas
turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta
anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya.

Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR


Peristiwa sebenar ini menggambarkan betapa luhurnya peribadi individu apabila Islam telah menyelinap di sanubari mereka.
Seseorang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya demi menjaga maruah Islam untuk menghulurkan pertolongan kepada orang yang di dalam kesusahan. Agama Islam jika diamal dan dihayati sepenuh jiwa dan raga mampu menjadikan seseorang berakhlak mulia dan
sanggup mati kerana menunaikan janji yang telah dibuat.



Saturday, November 14, 2009

ALHAMDULILLAH EXAM DAH HABIS........















12 Oktober 2009 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar PPISMP SEM3....terutama bagi IPGM KTAA....tepat pukul 9.45 pagi,kertas exam terakhir selesai dijawab oleh semua pelajar PPISMP SEM 3.......dah abis exam ni,marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk result yang akan kluar ni.....smoga Allah S.W.T memberikan yang terbaik buat kita semua......AMIN!....insya Allah...

Tuesday, November 3, 2009

ESOK EXAM!!!!!!!

Salam...............
Esok bermulalah exam kita kat maktab ni untuk sem yang ke 3..
Jadi,kepada sahabiah sekalian especially buat classmate tersayang (PPISMP PAI SEM 3). saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan ,semoga kita sama-sama dipermudahkan Allah S.W.T untuk menjawab soalan pada hari esok dan hari-hari yang seterusnya.Amin......

GOOD LUCK SEMUA!!!!!!!



Friday, October 23, 2009

BERITA DARI SYURGA


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa beliau bersabda: "Barangsiapa lupa selawat untukku maka dia telah lupa jalan ke syurga". Ibnu Abbas r.a. berkata: "Syurga itu mempunyai 8 pintu emas yang bertaburan permata.

Pintu pertama tertulis: "Laa ilaaha illallahu Muhammadur rasulullahi", ini adalah pintu masuk untuk para Nabi, para Rasul, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang bersedekah.

Kedua, pintu masuk untuk orang-orang yang mengerjakan solat yang mereka itu yang menyempurnakan solat dan wuduknya (yang amat beramat-amati tentang sunat dan wajib serta adap-adapnya).

Ketiga, pintu masuk untuk orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.

Keempat; pintu masuk untuk orang-orang yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar.

Kelima; pintu masuk untuk orang yang menahan nafsu-syahwatnya.

Keenam; pintu masuk untuk orang yang mengerjakan haji dan umrah.

Ketujuh; pintu masuk untuk para pejuang.

Kelapan; pintu masuk untuk orang yang memejamkan indera penglihatannya dari segala macam haram,orang yang mengerjakan kebaikan serta kebajikan, berbuat baik kepada kedua orang tua dan menjalinkan silaturahim serta perbuatan-perbuatan baik lainnya."

Saturday, October 3, 2009

PIC DI HARI RAYA BERSAMA FAMILY
















WANITA SOLEHAH

Wanita Solehah,
penghibur hati
wanita solehah
sentiasa tenang jiwanya..


Lantaran sentiasa mmebesarkan Allah dalam solatnya
Dan sunnah RasuluLlah menjadi jalan hidupnya
KalamuLlah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan.

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahadah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah.

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah.
Salah satu antara dua:
Tanda kasih sayang Allah atau penghapus dosa
yang meningkatkan iman.

Berwaspada dengan firman Allah:
“Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir-Ku,
tidak sabar terhadap cubaan-Ku dan tidak bersyukur terhadap
nikmat pemberian-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.”

Berkhalwah pasrah di hujung malam
Munajatnya adalah bicara cinta.
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti.

Dia insaf..
Hiburan yang tidak membimbing jiwa
ke arah cinta keTuhanan adalah
Pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah.
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar.
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah.
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
mata hati akan buta, kaburlah hikmah yang tersurat
Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang paling ditakuti dan sentiasa diawasinya!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan
Dan Dialah sebaik-baik tempat pergantungan
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah:
“Apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah
Kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al Baqarah : 156-157)

Inilah wanita solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum adam.

Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ianya seorang isteri,
Keperibadiannya akan menghibur suami.

Seperti yang diungkap oleh pujangga sufi,
“Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan.
Anak-anak menjadi murid
dialah mursyidnya.
Harta suaminya dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan di luar
maruahnya sentiasa dijaga.
Sentiasa menguntum senyum di hadapan suami.
Sanggup hidup berdua
Mati bersama.
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata.

Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami.
Sehingga menjadi sumber kekuatan jiwa suami
dalam menegakkan Jihadnya.
Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinah bernafsu mutmainnah
Dan mendapat alu-aluan Allah:
“Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.”
(Surah Al-Fajr :27)

Wallahu a’lam.

"

Wednesday, September 30, 2009

12 SIFAT SAHABAT

12 SIFAT SAHABAT





1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Thursday, September 17, 2009

Adab-adab yang sunat dilakukan bagi kita menyambut kedatangan Hari Raya antaranya :

Pertama : Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Dan takbir itu ialah merupakan ibadah.

Kedua : Menurut Syeikh Qulyubi di dalam Kitab Hasyiah telah menyebutkan bahawa menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga : Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat : Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Kelima : Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Anas ia berkata : Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja' telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata : Telah menceritakan Anas dari Nabi s.a.w. : Dan Baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil". (HR Bukhari)

Keenam : Menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain, sebagaimana hadis yang maksudnya : "Dari Al-Baraa' ia berkata : Aku mendengar Nabi s.a.w. berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang".

Ketujuh : Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya : Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Hari ni.................
Jumaat..............
Penghulu segala hari.................

Dan juga hari yang sangat aku nanti-nantikan....
Hari ni balik kampung......................
Walaupun selalu orang cakap "ala,ko kn dekat,xdelah rasa nk balik sangat"
Namun bagiku jauh atau dekat,sama sahaja kerana fitrah sebagai manusia untuk merindui keluarga masing-masing.....
Oleh itu,sudah tentu kampung halaman sentiasa bermain di fikiran......
Terutamanya bila esok ,lusa dah nak raya...................

Oleh itu,marilah kita sama-sama ambil kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga kita,yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita mesrakan dan yang mesra kita serasikan...
Ambillah peluang ini,jangan asyik terleka dengan program-program yang sudah pasti akan melekakan kita di hari lebaran nanti.....................

Untuk semua,
Saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...................MAAF ZAHIR DAN BATIN
Bagi pengguna jalanraya,berhati-hatilah di jalan raya.....
Untuk keluarga tersayang,kakak sampai kejap lagi,Insya-Allah...
Untuk rumate,kte jmpa lpas cuti ni tau,
Dan untuk sume classmates jmpa lg nnti lpas cuti dengan assigment masing-masing.....he6

Salam Syawal,Salam Lebaran,Salam Aidilfitri....
Salam ziarah............
Salam ukhuwah.............
Salam ta'aruf................


Detik 10.00 malam,17 September 2009 bersamaan dengan 27 Ramadhan1430 H................
Tiba-tiba datang satu perasaan yang tidak pernah aku lalui sebelum ini...RASA NAK ADA BLOG SENDIRILAH.......itulah perkataan yang selalu bermain di benak fikiranku sejak akhi-akhir ni...asyik aku je yang baca blog orang..apa salahnya kalau sekali sekala orang lain plak yang baca blog aku...btul tak???????



Itulah persoalan yang selalu menjadi tanda tanya di dalam mindaku ini...Semoga ilham yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada ku di saat sepuluh Ramadhan yang terakhir ini akan dapat menjadi wadah berguna kepada pembaca dan sahabiah sekalian dan apa yang penting adalah sebagai titik tolak menaikkan semangatku serba sedikit untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan ke arah menuju jalan Illahi ini.....


Terimalah dariku "SETITIS TINTA"....